Monday, 5 March 2012

How To Connect Sata to USB

Atas satu request daripada teman, disini aku nak share satu teknik yang membolehkan korang sambungkan Hardisk SATA  korang pada USB. Mula2 korang mestilah perlukan kit2 yang berkaitan.

SATA power cable

SATA data cable

Dua2 kit ataupun kabel ni penting untuk sambungan pada hardisk korang. Kalau korang perhatikan pada hardisk korang, ada macam slot untuk sambungan kedua2 kit ni. Kat bawah ni ditunjukkan macam mana sambungan dibuat. 

Hardisk pertama adalah PATA hardisk saiz 3.5 dan yang kedua ni adalah SATA juga bersaiz 3.5. Keduanya biasa dipasang pada PC biasa. Mana tahu pasni korang boleh buat yang internal ni jadikan external pulak. Dari segi saiz memang tak bagus, tapi dari segi kapasiti dan kualiti, saiz 3.5 adalah lebih baik. Bab tu lain kali lah aku cerita!

SATA & PATA hardisk

Ok. Kit kedua ialah SATA to USB cable

AC ADAPTER

Sekarang aku nak tunjukkan macam mana nak buat kalau AC adapter korang rosak tanpa korang perlu beli banyak kali macam aku. Aku kena 2 kali je. Biasa la aku tak bersifu.

AC adapter

Gambar kat atas ni adalah AC Adapter, jangan buat tak faham pulak. Aku terang step by step bagi korang faham jelas2. Apa yang korang nak buat bila mana bende ni tibe2 rosak. Atau kadang2 kalau power supply tak elok, masa korang tengah access file dalam hardisk korang, pasti korang penah tengok.. Delayed Write Failed mesej kan? Ok, sekarang korang perlukan 1 unit Power Supply.

850 Watt Power Supply

Power Supply

Gambar kat atas ni adalah 2 jenis power supply. Kedua2 nya adalah jenis stand alone, maknanya boleh digunakan tanpa dipasang pada Motherboard. Sebab kedua2 ni ada switch on off. Kalau yang korang punya xde switch ni macam mana pulak?? 

Jangan bimbang, bukan switch ni hal yang paling penting pun. Sebab kat pasaran Power supply macam ni harga boleh mencecah RM150. Sedangkan yang biasa hanya sekitar RM40. Kenapa perlu bayar lebih? huhu. Tapi pada advance user dorang beli atas sebab2 tertentu. Atas keperluan Graphic ngan Cooling system dorang.


Inside


Hal yang penting bab ni adalah power socket (4 Pin Molex Connector ) daripada Power Supply ni, abaikan Motherboard dan ATX soket. Cara yang lebih save tanpa perlu pilih harga power supply adalah dengan menggunakan PC korang. Korang cabut je satu power socket tu. Kalau dah gunakan 1 hdd, cabut je pada bahagian CD rom. 

Cara ni perlu kalau korang nak access hardisk yang disambungkan tadi pada PC yang sama la. Kalau nak guna untuk tujuan lain, macam Formatting Windows pada laptop lain, korang boleh cabut je soket pada hdd PC korang, sebab korang cuma perlukan power supply je. Betul tak? Harap2 korang faham.




Ok, sekarang korang sambungkan power soket daripada PC korang kepada SATA power cable tadi. Lepas tu on switch power supply bagi yang menggunakan power supply jenis stand alone atau on PC bagi yang menggunakan Power supply biasa. Ok, Siap!